pengakuan sye sukaa awakk
Monday, January 31, 2011
5:59 AM ♥
Kring … Kring …
Perempuan: Hello
Lelaki: Salam dan Hi . Ni adam ni. wani , tengah buat apa tu?
Perempuan: Hmm …
Lelaki: Takpela , sori kacau … saya cuma nak bagitau awak sesuatu …
Perempuan: Saya …
Lelaki: Sekejap ya , maafla ambil masa awak … Tapi ada sesuatu yang perlu saya cakap… Nak buat pengakuan sebenarnya …
Perempuan: Tapi kan , saya …
Lelaki: Ya2… Jangan la layan saya macam ni . Saya dah banyak kali usaha nak dapatkan nombor awak daripada kawan2 saya ni . Nak telefon awak ni pun saya pun dah banyak kali fikir . Akhirnnya barulah ada keberanian nak telefon awak.
Perempuan: Oh . Ya ke ? Hmm …
Lelaki: Sebenarnye saye dah lama suka awak . Mungkin awak tak kenal siapa saya dan tak pernah menyedari kewujudan saya . Tapi saya dah lama perhatikan awak . Sejak dari mula saya kenal awak lagi . Saya dah jatuh hati pada awak . Bukannya saya tertarik pada kecantikan awak walaupun saya tak nafikan awak memang cantik dan menjadi kegilaan ramai . Tapi gaya awak , yang membuatkan hati saya terpikat . Sopan penampilan, lembut tutur kata , dan baik hati budi . Mungkin saya terlalu terus terang tapi kalau saya tak cakap hari ni sampai bila2 pun tak …
Perempuan: Oh Adam . Awk sungguh baik untuk berterus terang begini , tapi kan …
Lelaki: Kenapa Wani ? Kenapa ? Awak tidak sukakah cara saya ? Atau awak tidak suka saya ? Mungkin kerana awak tidak kenal saya . Tapi Wani , saya betul2 sukakan awak . Awak bagaikan teman yang telah lama saya impikan . Teman yang boleh mengisi kekosongan hati saya . Saya tak pernah rasa suka pada seseorang seperti saya sukakan awak sekarang . Awak bagaikan bidadari kepada saya . Rasa sangat bahagia jika ada awak disamping saya . Awaklah permaisuri di hati saya yang memang saya tunggu-tunggu …
Perempuan: Bukannya begitu maksud saya tapi … Sukar utk saya katakan , tapi saya…
Lelaki: Awak dah berpunya ? Hati awak sudah menjadi milik org lain ? Tak mengapa Wani . Saya faham . Sesungguhnya saye rela menunggu awak kerana saya percaya jika ada jodoh antara kita maka kita pasti bersama . Kalau awak katakan awak tidak mahu berkapel , saya juga begitu. Bukan niat saye untuk bercinta macam orang lain . Saya tidak mahu begitu kerana itu menjurus ke arah maksiat . Saya tahu awak perempuan yg baik , tak mungkin saya mempersiakan awak . Wanita dijadikan daripada rusuk lelaki , untuk berada di sisi . Saya faham itu . Saya benar2 ingin jadikan awak teman hidup saya . Tapi mungkin saya tidak sempurna kerana saya hanyalah manusia . Tapi saya harap awak dapat terima saya seadanya , kerana itulah sebenarnya cinta.
Perempuan: Adam . Sebenarnya apa yang awak katakan itu betul . Mana2 wanita yg mendengar tutur kata awak ni pasti terpikat dengan keikhlasan dan keberanian awk . Tapi berat untuk saya katakan , saya sebenarnye BUKAN Wani . AWAK DAH SALAH NOMBOR NI!
WAHAHAHA….. KSIAN
♥ 0 comments

